Latar belakang laluan Laluan_Persekutuan_Malaysia_1

Papan tanda jarak pertama yang dilalui di Jalan Persekutuan 1 dari Kilometer Sifarnya di Johor Bahru, JohorJalan Dato Bandar Tunggal, sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan 1 di Seremban, Negeri Sembilan

Jalan Persekutuan 1 merupakan salah satu daripada tiga laluan persekutuan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia; dua lagi laluan lain ialah Jalan Persekutuan 3 dan 5.[4] Kilometer Sifar bagi Jalan Persekutuan 1 terletak di Sempadan Malaysia-Singapura di Tambak Johor. Pada kilometer pertamanya di bandar raya Johor Bahru, ia dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 3, jalan raya utama bagi pantai timur Semenanjung Malaysia. Seterusnya di Kilometer 19 di Skudai, laluan ini dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 5 yang merupakan jalan raya utama di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.[5]

Jalan Persekutuan 1 merupakan jalan raya tulang belakang utama di pedalaman Semenanjung Malaysia tetapi melalui negeri-negeri pantai barat. Dari Tampin ke Sungai Siput, jalan FT1 menyelusuri sepanjang kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Jalan FT1 bersilang dengan Jalan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur sebelum bersilang dengan satu lagi penghujung Jalan Persekutuan 5 di Ipoh. Di Sungai Siput, Perak, laluan ini mengubah haluannya menjadi laluan timur-barat, dan seterusnya berubah menjadi jalan raya pantai barat utama, bermula dari Changkat Jering, Perak sehingga ke Alor Setar, Kedah.[5] Laluan ini ditemukan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 di Jitra, Kedah dan seterusnya jajaran Lebuhraya Utara-Selatan dari Jitra sehingga ke Bukit Kayu Hitam merupakan sebahagian daripada Jalan Persekutuan 1.[3][6][4]

Terdapat 92 buah nama jalan yang dikaitkan dengan Jalan Persekutuan 1 di sepanjang laluannya.[7] Tambahan pula, adalah dianggarkan bahawa lebih sejuta rakyat Malaysia bergantung kepada pengguna Jalan Persekutuan 1 sebagai sumber ekonomi utama mereka.[3]

Rujukan

WikiPedia: Laluan_Persekutuan_Malaysia_1 http://blogjalanraya.blogspot.com/2012/03/lebuhray... http://blogjalanraya.blogspot.com/2013/10/jalan-1m... http://blogjalanraya.blogspot.com/2014/08/istimewa... http://blogjalanraya.blogspot.com/2015/01/sejarah-... http://blogjalanraya.blogspot.com/2015/04/sejarah-... http://blogjalanraya.blogspot.com/2015/05/sejarah-... http://www.limkitsiang.com/archive/1999/feb99/sg15... http://www.malaysiakini.com/news/164312 http://blogjalanraya.blogspot.my/2014/11/kenali-ra... http://grandsaga.com.my/cheras-kajang-highway.html